perubahan bermula dari diri sendiri

kebelakangan ini penulisan saya banyak dipengaruhi unsur2 ketenteraan dan palapes. saya pasti selain updated news, anda masih dapat menerima mesej motivasi dan sahsiah yang terkandung dalam artikel. kerana motivasi itu diterjemahkan dalam bentuk aplikasi. dari motivasi menjadi aksi. dan beginilah cara kami melakukannya.

pertandingan kawad unimas dapat last. UTHM dapat tempat pertama. rentas halangan no 10, rentas desa shah sorang je menang, tempat ke 14, bola jaring no 11. tak taulah aku...

memang sedih melihat sikap sesetengah kadet yang tiada daya juang sendiri.. nak disuap, semua nak push. dah push pun tak ada usaha sendiri nak mencuba. lebih teruk dari orang yang mencuba tapi gagal banyak kali. sekurang2nya dia mencuba, tak la panas sangat hati tengok. kadet yang biasa kena basuh dan bancuh biasanya tak banyak hal.. orang suruh buat, buat je. nak melentur anak orang bukan senang.

sebenarnya janganlah takut gagal...janganlah tidak mencuba kerana takut tidak berjaya mengharungi cabaran. anda harus membuat langkah permulaan, mungkin terpaksa bermula dengan kegagalan demi kegagalan. saya masih ingat semasa kadet dahulu kami berusaha melepasi monkey rank pagi dan petang. melepuh2 tapak tangan tapi esok buat juga, setahun, dua tahun kemudian baru saya berjaya melepasi monkey rank tersebut. saya pun bukan hebat sangat tp saya tahu saya tak hebatlah saya berusaha supaya tidak ketinggalan..

cabaran2 fizikal pun sebenarnya menguji kemantapan emosi. bagaimana anda mengendalikannya? saya ambil contoh, monkey rack. palang ada sebelas batang, bawah ada air. kalau tak lepas palang2 ni, kita akan jatuh dalam air. bagi yg mantap, macam beruk je mereka boleh melepasi halangan ini. mereka tidak takut dengan halangan ini lagi kerana keupayaan mereka dapat mengatasi masalah ini. lain orang, lain keupayaannya.

yang kurang keupayaannya, mulalah berfikir dan assume terlalu banyak. aku tak mau jatuh dalam air. aku tak lepas. aku nervous orang tengok, aku tak suka pegawai paksa2 aku. tangan melepuh. kalau jatuh dalam air susah nak naik balik, berat. kalau kita nak memikirkan alasan, memang banyak alasan!

usaha la sikit. berfikir tinggi. aku mesti lepas halangan ni, tak hari ni, esok, tak esok, lusa. aku mesti lepas halangan ni. aku sanggup jatuh dalam air, aku boleh cuba lagi. esok lepas 3 palang, minggu depan mesti lepas separuh, kemudian aku mesti lepas semua ni. aku boleh, aku boleh! ko tak berusaha macamana nak lepasss!! tak ke ajaib tu! sedih..

begitu juga perumpamaannya dengan hidup ini. ada banyak halangan, ada risiko yg terpaksa di ambil, ada harga yang perlu dibayar. buatlah perubahan walaupun hanya amalan yang kecil dan mudah. ko masuk sekolah agama ke, masuk askar ke, masuk top skewl pun kalo tak ada keinginan sendiri nak berubah, keajaiban tidak terjadi.

awaklah keajaiban yang kami tunggu2. keajaiban yang kami cari2. jangan bazirkan kewujudan diri sendiri.




3 comments:

Admin said...

Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya..
Tahniah Cik Junaidi, atas kejayaan UTHM dalam kawad.

Admin said...

Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya.
Tahniah Cik Junaidi di atas kejayaan UTHM dalam kawad

Anonymous said...

Dari satu kegagalan, sejuta ilmu yang dapat dikutip...kejayaan selepas kegagalan lebih manis dari kejayaan tanpa kegagalan...