satu penghormatan bagi seorang pejuang

Update mengenai tauliah uitm.
Pagi ini seorang kadet UTHM (kuittho) di laporkan meninggal dunia. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-Nya.

semalam kadet ini menyertai acara merentas halangan, sukan paling penting dalam acara pentauliahan. inilah penyertaan pertama UTHM dalam acara gilang gemilang ini, pasukan mereka baru berusia 3 tahun. inilah pentauliahan sulung bagi anak didik PW II Junaidi, KSMJ rotu UTHM. saya juga anak didik cik junaidi selama setahun, sebelum beliau di postingkan ke UTHM yg baru ditubuhkan pada waktu itu.

merentas halangan satu sukan yang lasak, berlari 1.2km, memanjat tangga kambing, melompat tebing, crawling, monkey swing, tarzan swing, menembak. kadet ini telah berlari 1.2km, melepasi 7 halangan termasuk monkey rack (swing). sebaik sahaja kadet ini melepasi palang terakhir monkey rack, dia mula lembik, terhoyong-hayang dan pengsan. UTHM menerima banyak penalti kerana halangan2 seterusnya yg tidak lakukan oleh kadet tersebut. kadet ini di kejarkan ke ICU, koma, dan meninggal dunia pagi ini.

pagi ini kami dapat berita dari cik junaidi, kadet tersebut mengidap denggi. kadet ini demam2 ringan sebelum itu. kejap demam, kejap kebah. pada hari pertandingan kadet ini memang bersemangat dan ingin pasukannya menang. dia berikan persembahan terbaik untuk UTHM dan masih bertahan sehingga melepasi monkey rack. kami sangat kagum dengan semangat juangnya.

kalau dibaca sekali imbas, ramai orang akan membuat kesimpulan sukan lasak yang membuatkannya masuk ICU. kenapa tak mengesan denggi ini awal2 lagi? it make sense..

denggi adalah satu penyakit yang mempunyai tempoh matang. walaupun sudah dilakukan medical check up, denggi yang masih di peringkat awal, kadang-kala belum dapat dikesan. kita boleh mengesaki demam denggi dari simptom2 seperti demam sekejap2, sekejap sejuk, sekejap panas, loya, berpeluh2. budak ini barangkali tidak menunjukkan kecenderungan denggi yg jelas. teman sebilik saya di masukkan ke hospital kerana denggi masa tauliah disini 3 tahun lepas. itupun masih di peringkat disyaki denggi. 2 minggu kemudian, dibenarkan mengikuti latihan. UITM, let. kol. thantawi, jangan marah. kami nampak pekerja buat semburan, tapi insiden ini berlaku lagi.

saya mengenali cik junaidi sebagai seorang yang tegas dan tinggi semangat juang. saya pasti harapan UTHM juga menjulang tinggi untuk mengejutkan pasukan oldies dalam pertandingan tahun ini. situasi pasukan kecil seperti unimas dan uthm sama, kekuatan anggota yang ada cun-cun untuk pertandingan. itu sebab kadet tadi enggan mengundur diri dari pertandingan walaupun demam2 ringan. ia sangat bererti bagi mereka yang bermotivasi tinggi. mereka bercita2 tinggi dan berdaya saing. kadet2 ini kelihatan burned, cengkung dan kurus kerana latihan bersungguh2 selama beberapa bulan. mereka tidak mahu bazirkan usaha dan peluang sekali seumur hidup.

bagi saya allahyarham layak menerima watikah dari yang di pertuan agong kerana saya yakin dia ada ciri2 pegawai yang baik. semangat begitu sudah mencukupi. ini juga satu bentuk perjuangan, walaupun sekadar latihan, tetapi tiada bezanya bagi insan yang bermati-matian berjuang sehabis kemampuannya. jangan mudah membeza2kan kami sebagai membazir waktu dan duit negara, kerana anda tidak melihat pembentukan yang berlaku dalam diri kami.

perjuangan seperti ini tidak sia2. sama juga seperti syahid dalam pelajaran. satu penghormatan kepada kadet terbabit. semoga ia menjadi pengajaran yang baik bagi kadet2 yang tiada keinginan untuk berjuang, tidak menghargai peluang, dan tiada visi dalam palapes.

3 comments:

Admin said...

"Mereka mungkin akan menang, tetapi bukan kerana kamu tidak melawan"- PW II Junaidi.

clue said...

wow, ali..ko masih ingat kata2 cik jun? ya, dia memang jurulatih yang hebat.

baru2 ni jumpa cik jun, anak dah 3. elok ko mari sini jumpa cik jun, sekretariat dia dekat je.

susah nak cari org hebat mcm tu

Anonymous said...

Yep...'Agi idup agi ngelaban' =)