apa yang kelakar dalam tauliah palapes

updated news. acara sukan tauliah yg berlangsung seminggu sudah pun tamat semalam. johan keseluruhan adalah tuan rumah, UiTM, unimas no 11. bermula dari semalam, raptai perbarisan di padang kawad dan penerimaan watikah di dewan sri budiman,UiTM akan berlangsung selama seminggu. rehearsal askar memang macam ni..tambahan lagi kalau menjemput Agong, protokol sangat banyak dan ketat.

RSM (rejimental sarjan mejar) unimas, Cik Paris komen tentang batch 26 ni. katanya, RSM yang mengendalikan perbarisan itu beri komen batch ni paling senang nak dikendalikan berbanding batch2 dulu. smoothh..kualiti kawad mereka menyamai raptai panglima TD, itu dah baik sangatlah bagi saya. tetapi, macam biasa kadet-kadet ini tidak di puji depan2. anda mahu tahu kenapa? kerana budak2 ini, bila dipuji sudah cukup bagus, minda mereka sudah berpuas hati dengan tahap mereka, dalam keadaan letih dan panas, mereka akan maintain level ituuu je.. sebab itu RSM akan push mereka lagi, supaya mereka mengeluarkan usaha yang terbaik.

apa yang menarik di padang kawad? di malaysia ini, kita menunggu ketibaan VIP je kerjanya dalam tiap2 majlis. mereka berdiri statik menunggu agong dalam sejam setengah. hari pertama raptai, biasanya budak2 jatuh gedebuk pengsan, macam daun berguguran..ada yang terhoyong-hayang nak pitam. selagi budak itu tidak betul2 jatuh, kami biarkan.kalau pengsan, budak pengusung ada.

kawad di tengah matahari terik tu tidak apa, sebenarnya. jgn kawad di angin sepoi2 dan mendung, itu lebih cepat rebah sebab mengantuk. pengacara majlis pun kadangkala kelakar juga. suara mereka mantap, sedap, lancar dan sangat profesional..tapi, sekali sekala tergelincir juga dialek kampung.."tuan-tuan dan puan-puan, mengumungkan...", "tujuh lima satu lapangg tiga.."

selepas kawad di padang pada siang hari, mereka ke dewan watikah pada waktu malam. yang ini ramai nak tidur dalam dewan sebab sejuk. ada yang tertidur, masyuk gile.. wirid sampai ke lutut, siap sound sistem! ada yang wirid berimam. ada yang buat wirid pusingan 180darjah, swing kiri kanan, kiri kanan dan lapan lagi.. kalau dapat pegawai yang gila2 tu, mereka makan cili dan pelempang. tapi kami makan hacks je..:). kalau nasib tak baik, semua kena belasah diluar dewan. hari pertama, raptai boleh berjalan dari pukul 8.00pagi hingga 2malam. mengantuk yang amat.

sini pun kelakar juga. ada kadet yang gugup di atas dewan. stage fright sbb ramai org tengok.masuk tv lak tu. mula la kawad macam robot. bila berkawad, kaki kiri keluar, tangan kiri pun keluar.dia sendiri pun konfius macam mana nak berjalan? ada juga yang dah tak boleh berfikir..bila sampai atas pentas tersadung, tabik pun dah tak ingat tangan mana, bila hulur tangan nak terima watikah dalam tangan dok genggam gula2 la, tisu la. sepatutnya bila terima watikah, kami akan mengucapkan "menjunjung kasih, tuanku"..ada yang bagi "assalamualaikum..,menjulang kasih, terima kasih dsb".syok sendiri.

okey..okey, buat hari ni, sampai sini dulu. ada satu lagi perkara menarik sebelum saya mengundur diri. kat cybercafe yang saya pegi ni tadi ramai kadet2 ipt lain, bising la juga macam pasar.. tiba2 kawan saya call, minta kunci kereta kami, ada tugas agaknya, saya pun balas "kunci kete lam beg kuning aku..a-ahh". lepas daripada tu, cc ni jadi senyapp samapai la sekarang...hehe

4 comments:

Admin said...

hahaha...lawak betul.. Tapi aku tak faham kenapa CC tu jadi senyap.. Jalankan tugas dengan dedikasi Melor! Steady la Melor...

clue said...

huhu, biase la tu, li..
kalo ada org higher rank dr kita, mati mood nak kecoh2..:)

Anonymous said...

teringat masa tauliah kt utm dulu dalam tahun 2001...thun 2002 pulak jadi tuan rumah, sibuk giler..

clue said...

hmm... tahun 2002 saya baru junior, fitik makanan kat UUM..so, tuan ni YO UUM lah ye ;)