pentauliahan palapes 2007 sudah berakhir

assalamualaikum & selamat sejahtera, rakan2 pembaca

Pada 18 jun lepas, berakhirlah sudah pentauliahan peg kadet palapes IPTA ke 26 di UiTM Shah Alam.

apa yg menarik pada hari pentauliahan?
semasa perbarisan berlangsung di padang kawad uitm, adalah seorang kadet UMS ni nak pitam..mulalah dia terhoyong-hayang. gedebuk! kadet ini tergolek ke depan. kadet ini bangun lagi. kemudian pengsan lagi, jatuh ke belakang pula. bangun lagi. kawan saya di pentas hormat memberitahu Sultan Mizan menjeling dari pentas semasa menyampaikan hadiah.

kemudian kecohlah peg2 di dewan watikah hantar sms, unimas ke yg tumbang 2 kali? :)
saya waktu itu bertugas di bilik persalinan. mmg tak tau apa.

pentauliahan ini berjalan dengan lancar, seramai 1200 org peg kadet ditauliahkan, plg ramai dalam sejarah. oleh sbb ini penyertaan saya yg terakhir dgn palapes, saya sentimental sikit. sedih sbb dah berakhir. daripada saya jadi kuli pd senior dulu sampai jd peg sekretariat, peluang2 yg saya dapat sungguh bermakna. kehadiran saya dan rakan memang secara sukarela, tiada elaun. janji jaga makan, pakai, tempat tinggal..keje jalann..

pentauliahan ini memberi seribu kenangan. saya merakamkan ucapan terima kasih kepada palapes unimas yg byk memberi peluang pada saya untuk mentadbir sekretariat. saya rasa gembira memberikan khidmat terbaik, walaupun tidur pukul 2-4 pagi, hati rasa puas. saya berikan seberapa banyak ilmu perkeranian yg saya tahu kepada kadet2 bertugas, supaya satu hari nanti mereka tidak lopong, dan jadi batch yg mengharumkan nama unimas. walaupun byk cerita hantu, xpernah terserempak lagi. halalkan makan minum. ini sumbangan yg terakhir.

kehadiran hasni ke tauliah kali ini mengubat rindu rakan2nya yg di tauliahkan. kapt rully nerre dari kor risik juga tidak lupa menjengah, itu bekas peg muda kami. walaupun ramai yg dia sudah tidak kenal, ttp rindunya tidak padam. kapt rully byk menggalakkan saya masuk keusahawanan, dan beria2 menyuruh saya join kursus irfan khairi. katanya labur rm290, pastu selama setahun dia akan guide kita. insya allah, saya akan ikut nasihatnya.

malam ini, semua anggota passukan palapes unimas sedang makan seafood di luar, big annual celebration dinner. esok awal pagi lagi mereka sudah bertolak ke TUDM Subang. manakala saya pula malam ini akan ke rumah sepupu. xrela nak menyaksikan mereka meninggalkan saya esok hari. tengok rakan2 UTM balik pun dah sebak semacam. dan bermulalah cerita saya mencari haluan sendiri.


WELCOME TO THE CLUB
kalau 2 hari lepas saya mengucapkan 'welcome to the club' kepada peg2 muda yg baru di tauliahkan..
semalam rakan baik saya mengucapkan 'welcome to the club' pada saya juga, selamat datang melor ke alam pekerjaan.. :)

8 comments:

Anonymous said...

sudah graduasi ya? balik Tanah Melayu? :)

Anonymous said...

Salam...pentauliahan dh berakhir.smlm amik kesempatan gi jln2 kat KL dgn kwn2.Tak tau la bl lg dpt jmpa.sebak mmg sebak.ms nk hntr diorg naik bas balik ke UiTM pun air mata dh bergenang.nasib je x 'hujan' cam kt UiTM ms jumpa Pn Melor...klu x silap2 hb banjir lg KL.Tp ni la yg dinamakn PERSAHABATAN...ada pertemuan dan perpisahan...Buat Pn Melor...sy akn igt kata2 Puan...ada umur,ada rezeki...jumpa lg.yg penting kerinduan pd teman2 sudh terubat. Nway,pentauliahan kali ni mmg best wpun byk kekurangan yg sy dgr dr teman2...

clue said...

yup, pakdi
graduation day ogos ni,
in two month time je lagi :)

clue said...

saya pun tharu juga, awak tiba2 'gerimis' masa tu :)
tp saya faham, dan wish awak the very best untuk coming exam ni, buktikan awak blh score 4 flat kali ni, mcm yg awak idamkan

gudluck,hasni
next year kita pg melawat diorg tauliah lg ;)

Anonymous said...

InsyaAllah...satu paper dh lps...alhamdulillah dpt jwb dgn baik...carrymark pun ok...hopefully 2 paper lg pun sama...insyaAllah,nxt year g tgk tauliah lg... =) tupun klu wat kt semenanjung la...hehehe...

Anonymous said...

Salam...

bertemu dan berpisah adat manusia biasa,
hilang di mata tapi di hati tidak lupa,
berdoalah kita agar aman dan sentosa,
semoga kita berjumpa lagi lain masa....

p/s : teringat masa tauliah dulu...salam utk teman2 se-pentaulihan di UM 1999

Anonymous said...

salam tuk smua dak2 ro2 yg still active o yg da retire cm ak ni..........
bosanyer idup tnpa ro2 ni.klu dlu.even badan sakit tp still njoy ....
tuk skot batch 25 esspecially dak2 uitm......miz u all........
ble nak wt reunion........?:-)

Anonymous said...

Ada buku maklumat masa tauliah (yang ada maklumat semua peserta) tu x? boleh post dkt internet?