Bangun sekarang juga. Kegagalan yang berlaku bukan episod pertama dalam hidup anda. Saya yakin anda pernah mengalami kegagalan-kegagalan lain sebelum ini. Dalam perjalanan hidup ini kita akan menempuhi lebih banyak dugaan, kita mesti bertekad untuk membuat persediaan.
MELIHAT DARI DALAM TEMPURUNG
Terdampar dalam kesusahan tanpa jalan keluar yang jelas memang membuntukan akal. Entah mengapa rasanya masalah ini betimpa-timpa, makin bertambah pula, dari dulu sampailah hari ini tiada penyelesaian. Agaknya aku ini sudah di takdirkan hidup beginilah, aku sudah tidak mampu melawan takdir lagi. ini rintihan Mr Aku, sesiapa sahaja di luar sana yang senasib.
Mr aku, pemikiran yang begini, tidak berpotensi mengeluarkan diri kita daripada masalah. Anda terlalu mempercayai nasib malang, terlalu hiba dengan kesusahan, emosi yang tidak seimbang dan tidak mampu melakukan apa-apa. Perubahan memerlukan masa. Berapa banyak, atau berapa suntuk waktupun, masa memerlukan perubahan. Selagi tidak di jelajahi pemikiran baru, tidak mencuba kelainan, selagi itu tidak nampak jalan keluar dan peluang yang terdampar di hadapan mata.
Percayai konsep Law of Attraction. Percaya habis apabila anda menginginkan sangat sesuatu, tuhan akan memperkenankan anda memilikinya. Ia akan menjadi kenyataan. Jangan takut bermimpi tinggi. Berfikir cara yang sama akan menghasilkan keputusan yang sama. Jangan takut rebah tidak mampu berdiri lagi. Mengasah motivasi diri memerlukan insan bermimpi tinggi. J.a.n.g.a.n takut g.a.g.a.l. Bermulalah keluar dari belenggu kegagalan dengan bercita-cita tinggi. Tulis, lukis kehendak anda dalam sekeping kertas. Tampal di dinding, tulis dalam diari atau simpan dalam dompet di mana anda boleh membacanya selalu.
Modal insan kelas pertama adalah jati diri yang tinggi. Anda percaya diri. Walaupun menghadapi kegagalan perit anda tetap ada kepercayaan diri anda boleh berjaya. Anda mahu membuktikan sesuatu dari kegagalan. Berusaha mengumpul semangat, dan jangan putus bekalan semangat. Pembekal semangat yang baik adalah keluarga, rakan taulan, takwa dan motivasi.
MEMBINA KAYU UKUR PERUBAHAN
Perubahan mungkin mengambil masa yang agak lama. Anda boleh mengukur perubahan yang anda lakukan dengan membuat perbandingan hari demi hari. Kalau perubahan itu lambat sekali, bandingkan diri anda minggu demi minggu. Adakah semalam anda menangis, hari ini juga masih begitu? Berapa kali anda marah-marah minggu lepas? Dan minggu ini bagaimana? Ucap tahniah pada diri anda jika telah menunjukkan perubahan positif. Teruskan. Jika perubahan itu semakin negatif, jangan lekas patah semangat. Anda sedang melakukan perubahan, anda mungkin memerlukan lebih masa dari orang lain, teruskan berazam.
MENGURUSKAN PERSPEKTIF ORANG LAIN
Di saat anda berazam memperbaiki diri, orang sekeliling tidak menghargainya dan tidak memahami. Anda merasakan mereka masih menilai anda sebagai anda yang dahulu. Jangat patah semangat kerana anggapan orang. Letak semua sindiran dalam folder bullsh*t. Jadikannya pembakar semangat. Anda memerlukan masa untuk berubah, apatah lagi pandangan orang lain yang tidak tahu menahu azam baru anda ini.
RAHSIA MEMULAKAN IMPAK MAKSIMA
Kejayaan itu datang menghampiri apabila anda sudah sebati dengan sikap positif. Mulakan perubahan dengan menanam impian dan azam memperbaiki diri. Anda percaya kepada impian dan potensi anda. Peluang akan datang satu per satu. Semakin kuat anda berusaha, semakin anda menarik satu demi satu peluang. Dengan resapan pemikiran positif, anda menjadi semakin berani bersuara dan mencuba. Dengan menyuarakan hasrat, orang lain dapat memahami kemahuan anda dan mengiktiraf impian anda. ini kerana anda telah mengiktiraf impian sendiri dengan berani menyuarakannya pada orang lain. Ayuh! Bangunlah dari kegagalan

No comments:
Post a Comment