Utusan Malaysia: BicaraJutawan dipantau kerana offer skim cepat kaya?

hmm.. saya kesuntukan masa sebenarnya, tetapi tidak dapat tidak untuk menyokong kebenaran. bicarajutawan.com (BJ), sebuah forum komuniti tempatan yang di asaskan oleh pakdi, yang juga memiliki blog esprit de corps di siarkan dalam utusan malaysia sebagai laman web cepat kaya!

itu satu tuduhan yang tidak benar. sebagai salah seorg drp 1733 org ahli setia, pakdi selaku founder tidak pernah memberi laluan untuk sebarang scam dan ponzi untuk menjengah ke threads2 di BJ. tuduhan tdk berasas ini memberi promosi percuma kepada pakdi dan BJ, tahniah juga kerana pakdi memahami psikologi pembaca dengan mempromot habis2an aktiviti BJ di blognya esprit de corps. baca petikan dari Utusam Malaysia ini.


37 laman web skim cepat kaya dipantau
(credit to Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR 17 Mei – Pusat Keselamatan Siber Malaysia mengenal pasti 37 laman web yang dipercayai menawarkan aktiviti pelaburan skim cepat kaya melalui Internet berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai dalam tempoh dua tahun lalu.

Antara laman web yang menawarkan pelaburan mencurigakan ialah www.carigold.com, www.cakapgold.com, www.jutawan.org, www.jomklik.com, www. gurumalaysia.com, www. wangcyber.com, e-bazaar2u. com dan www.bicarajutawan. com.

Pemangku Pegawai Ketua Eksekutif pusat itu, Leftenan Kolonel (B) Husin Jazri berkata, orang ramai mudah tertarik dengan laman-laman web itu kerana ia kononnya menjanjikan pulangan lumayan dalam jangka masa singkat.

“Laman web skim pelaburan itu mendapat sambutan ekoran sikap para pelabur sendiri yang mudah terpedaya dengan tawaran dan janji manis yang tanpa disedari sebenarnya satu penipuan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya bagaimana badan itu mengesan status sesebuah laman web itu sama ada ia mencurigakan atau tidak, Husin menjelaskan, pihaknya sentiasa membuat penyelidikan dan siasatan secara menyeluruh terhadap setiap aduan yang diterima.

Ujar beliau, skim cepat kaya menerusi Internet biasanya didalangi orang tempatan namun kebanyakan laman web yang menawarkan pelaburan itu menggunakan hos di luar negara.

“Orang yang ingin menipu sentiasa ada di mana-mana saja tidak kira ia dilakukan oleh rakyat tempatan atau orang asing,” ujarnya.

Menurutnya, Pusat Keselamatan Siber Malaysia bekerjasama dengan kerajaan dalam menguatkuasakan undang undang yang lebih berkesan.

Husin menambah, dalang skim cepat kaya Internet yang berjaya dikesan akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak terlalu tamak dan mudah terpedaya dengan skim-skim pelaburan di Internet.

“Jangan sekali-kali melabur dalam skim cepat kaya Internet. Orang ramai perlu bekerjasama dengan Pusat Keselamatan Siber Malaysia untuk membanteras kegiatan haram ini.

“Kalau betul-betul minat ingin melabur, orang ramai boleh mendapatkan pengesahan daripada pihak kami sama ada laman web berkenaan sah atau tidak sebelum membuat keputusan,” katanya.

Orang ramai boleh membuat laporan berhubung laman-laman web yang mencurigakan dengan menghubungi Bahagian MyCERT di Pusat Keselamatan Siber Malaysia melalui talian 03-8992 6969 atau mengirim e-mel kepada cyber999@cybersecurity.org.my.
................................................xxx............................................................................

hmm..saya sebenarnya sudah menyediakan satu rencana berjudul THE POWERFUL CIRCLE OF BLOGGER, tetapi tdk bercadang menyiarkannya hari ini, nak buat surprise...alih-alih aku yang surprise..

saya menyuarakan sokongan penuh kepada pakdi dan ahli2 BJ untuk menghadapi dakwaan palsu ini. kami akan bersatu dan membasuh dakyah2 merepek ini. lagipun, di BJ lah saya lebih banyak belajar mengenai kewangan, pengurusan masa hadapan, mempromosikan weblog ini dan membina kredibiliti untuk kerjaya impian saya pada masa akan datang. anda boleh lihat perbincangan kontroversi terhangat yg mutakhir di threads BJ, klik di sini.

kudos kepada rakan2 BJ seperti dikmal, the baker's place, En. aku, alyani & lebanon yg memberi sokongan dalam blog mereka. maybe i should elaborate more on the powerful circle of blogger.

1 comment:

Anonymous said...

asmkm Melor, how r u? shueqry here..

wa.. tak sangka awak juga tulis pasal tu di sini.. hmm, for me this is a hot issue.. dikmal juga ada tulis pasal ni.

pendapat saya, tulisan wartawan yang sebegini memusnahkan kredibilti ahli-ahli kedua forum, termasuk saya dan awak juga yang sememangnya ahli tetap dan penulis tetap di kedua forum, ye tak?

well, nice post u got here, this to tell readers what forum BicaraJutawan and forum WangCyber really are..

Thanks Melor :-) U write well also.

shueqry
the one-of-a-kind