Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

perubahan bermula dari diri sendiri

kebelakangan ini penulisan saya banyak dipengaruhi unsur2 ketenteraan dan palapes. saya pasti selain updated news, anda masih dapat menerima mesej motivasi dan sahsiah yang terkandung dalam artikel. kerana motivasi itu diterjemahkan dalam bentuk aplikasi. dari motivasi menjadi aksi. dan beginilah cara kami melakukannya.

pertandingan kawad unimas dapat last. UTHM dapat tempat pertama. rentas halangan no 10, rentas desa shah sorang je menang, tempat ke 14, bola jaring no 11. tak taulah aku...

memang sedih melihat sikap sesetengah kadet yang tiada daya juang sendiri.. nak disuap, semua nak push. dah push pun tak ada usaha sendiri nak mencuba. lebih teruk dari orang yang mencuba tapi gagal banyak kali. sekurang2nya dia mencuba, tak la panas sangat hati tengok. kadet yang biasa kena basuh dan bancuh biasanya tak banyak hal.. orang suruh buat, buat je. nak melentur anak orang bukan senang.

sebenarnya janganlah takut gagal...janganlah tidak mencuba kerana takut tidak berjaya mengharungi cabaran. anda harus membuat langkah permulaan, mungkin terpaksa bermula dengan kegagalan demi kegagalan. saya masih ingat semasa kadet dahulu kami berusaha melepasi monkey rank pagi dan petang. melepuh2 tapak tangan tapi esok buat juga, setahun, dua tahun kemudian baru saya berjaya melepasi monkey rank tersebut. saya pun bukan hebat sangat tp saya tahu saya tak hebatlah saya berusaha supaya tidak ketinggalan..

cabaran2 fizikal pun sebenarnya menguji kemantapan emosi. bagaimana anda mengendalikannya? saya ambil contoh, monkey rack. palang ada sebelas batang, bawah ada air. kalau tak lepas palang2 ni, kita akan jatuh dalam air. bagi yg mantap, macam beruk je mereka boleh melepasi halangan ini. mereka tidak takut dengan halangan ini lagi kerana keupayaan mereka dapat mengatasi masalah ini. lain orang, lain keupayaannya.

yang kurang keupayaannya, mulalah berfikir dan assume terlalu banyak. aku tak mau jatuh dalam air. aku tak lepas. aku nervous orang tengok, aku tak suka pegawai paksa2 aku. tangan melepuh. kalau jatuh dalam air susah nak naik balik, berat. kalau kita nak memikirkan alasan, memang banyak alasan!

usaha la sikit. berfikir tinggi. aku mesti lepas halangan ni, tak hari ni, esok, tak esok, lusa. aku mesti lepas halangan ni. aku sanggup jatuh dalam air, aku boleh cuba lagi. esok lepas 3 palang, minggu depan mesti lepas separuh, kemudian aku mesti lepas semua ni. aku boleh, aku boleh! ko tak berusaha macamana nak lepasss!! tak ke ajaib tu! sedih..

begitu juga perumpamaannya dengan hidup ini. ada banyak halangan, ada risiko yg terpaksa di ambil, ada harga yang perlu dibayar. buatlah perubahan walaupun hanya amalan yang kecil dan mudah. ko masuk sekolah agama ke, masuk askar ke, masuk top skewl pun kalo tak ada keinginan sendiri nak berubah, keajaiban tidak terjadi.

awaklah keajaiban yang kami tunggu2. keajaiban yang kami cari2. jangan bazirkan kewujudan diri sendiri.




HEY! BANGUN DARI KEGAGALAN!

Bangun sekarang juga. Kegagalan yang berlaku bukan episod pertama dalam hidup anda. Saya yakin anda pernah mengalami kegagalan-kegagalan lain sebelum ini. Dalam perjalanan hidup ini kita akan menempuhi lebih banyak dugaan, kita mesti bertekad untuk membuat persediaan.

MELIHAT DARI DALAM TEMPURUNG
Terdampar dalam kesusahan tanpa jalan keluar yang jelas memang membuntukan akal. Entah mengapa rasanya masalah ini betimpa-timpa, makin bertambah pula, dari dulu sampailah hari ini tiada penyelesaian. Agaknya aku ini sudah di takdirkan hidup beginilah, aku sudah tidak mampu melawan takdir lagi. ini rintihan Mr Aku, sesiapa sahaja di luar sana yang senasib.

Mr aku, pemikiran yang begini, tidak berpotensi mengeluarkan diri kita daripada masalah. Anda terlalu mempercayai nasib malang, terlalu hiba dengan kesusahan, emosi yang tidak seimbang dan tidak mampu melakukan apa-apa. Perubahan memerlukan masa. Berapa banyak, atau berapa suntuk waktupun, masa memerlukan perubahan. Selagi tidak di jelajahi pemikiran baru, tidak mencuba kelainan, selagi itu tidak nampak jalan keluar dan peluang yang terdampar di hadapan mata.

Percayai konsep Law of Attraction. Percaya habis apabila anda menginginkan sangat sesuatu, tuhan akan memperkenankan anda memilikinya. Ia akan menjadi kenyataan. Jangan takut bermimpi tinggi. Berfikir cara yang sama akan menghasilkan keputusan yang sama. Jangan takut rebah tidak mampu berdiri lagi. Mengasah motivasi diri memerlukan insan bermimpi tinggi. J.a.n.g.a.n takut g.a.g.a.l. Bermulalah keluar dari belenggu kegagalan dengan bercita-cita tinggi. Tulis, lukis kehendak anda dalam sekeping kertas. Tampal di dinding, tulis dalam diari atau simpan dalam dompet di mana anda boleh membacanya selalu.

Modal insan kelas pertama adalah jati diri yang tinggi. Anda percaya diri. Walaupun menghadapi kegagalan perit anda tetap ada kepercayaan diri anda boleh berjaya. Anda mahu membuktikan sesuatu dari kegagalan. Berusaha mengumpul semangat, dan jangan putus bekalan semangat. Pembekal semangat yang baik adalah keluarga, rakan taulan, takwa dan motivasi.

MEMBINA KAYU UKUR PERUBAHAN
Perubahan mungkin mengambil masa yang agak lama. Anda boleh mengukur perubahan yang anda lakukan dengan membuat perbandingan hari demi hari. Kalau perubahan itu lambat sekali, bandingkan diri anda minggu demi minggu. Adakah semalam anda menangis, hari ini juga masih begitu? Berapa kali anda marah-marah minggu lepas? Dan minggu ini bagaimana? Ucap tahniah pada diri anda jika telah menunjukkan perubahan positif. Teruskan. Jika perubahan itu semakin negatif, jangan lekas patah semangat. Anda sedang melakukan perubahan, anda mungkin memerlukan lebih masa dari orang lain, teruskan berazam.

MENGURUSKAN PERSPEKTIF ORANG LAIN
Di saat anda berazam memperbaiki diri, orang sekeliling tidak menghargainya dan tidak memahami. Anda merasakan mereka masih menilai anda sebagai anda yang dahulu. Jangat patah semangat kerana anggapan orang. Letak semua sindiran dalam folder bullsh*t. Jadikannya pembakar semangat. Anda memerlukan masa untuk berubah, apatah lagi pandangan orang lain yang tidak tahu menahu azam baru anda ini.

RAHSIA MEMULAKAN IMPAK MAKSIMA
Kejayaan itu datang menghampiri apabila anda sudah sebati dengan sikap positif. Mulakan perubahan dengan menanam impian dan azam memperbaiki diri. Anda percaya kepada impian dan potensi anda. Peluang akan datang satu per satu. Semakin kuat anda berusaha, semakin anda menarik satu demi satu peluang. Dengan resapan pemikiran positif, anda menjadi semakin berani bersuara dan mencuba. Dengan menyuarakan hasrat, orang lain dapat memahami kemahuan anda dan mengiktiraf impian anda. ini kerana anda telah mengiktiraf impian sendiri dengan berani menyuarakannya pada orang lain. Ayuh! Bangunlah dari kegagalan

BAGAIMANA MENJADI MOTIVASI KEPADA DIRI SENDIRI

Insan yang cemerlang dalam hidup mempunyai motivasi diri yang tinggi, di kelilingi insan yang menyayanginya dan tahu melakar bahagia. Insan yang cemerlang juga mempunyai masalah, mempunyai saat sukar dan risiko yang mereka ambil. Namun, mereka memiliki motivasi diri yang tinggi, satu sikap yang menyumbangkan kepada kejayaan dan pengurusan emosi yang baik.

Anda perlu mempunyai moral untuk berjaya. Seperti dalam post saya yang terdahulu, saya terangkan moral bermaksud pembakar semangat, motivasi, inspirasi untuk berjaya. Moral anda mungkin keluarga anda, ibubapa, kekasih, insan-insan yang kita sayangi. Anda boleh menjadikan mentor sebagai moral kerana mereka adalah contoh kejayaan dan menjadi inspirasi kepada anda supaya tidak putus asa. Bagaimana pula dengan insan yang rasa dirinya tidak ada moral? Keluhan mereka, tak jumpa sapa yang boleh aku jadikan moral. Itu bukan alasan untuk tidak bersemangat!

MORAL SAYA ADALAH DIRI SENDIRI
Jadikan diri anda sebagai moral kepada diri sendiri. Beritahu diri anda, AKU ADALAH MORAL KEPADA DIRI SENDIRI. Anda inginkan perubahan dan bertekad untuk menerima cabaran ini demi diri sendiri. Anda faham semua orang mesti berusaha gigih untuk berjaya, tidak kisahlah siapa, apa atau berapa moral mereka. Anda memiliki peluang yang sama banyak dan percaya diri anda boleh berjaya. Dengan memilih diri sendiri sebagai moral, ucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana ia menunjukkan anda sudah memiliki rasa percaya diri yang tinggi.

JANGAN BERHENTI BERUSAHA
Empayar Rom tidak dibina dalam sehari. Tan Sri Bukhary mengambil masa 38 tahun untuk bergelar billionaire. Jangan berpatah arang dalam berusaha, walau pun ini kali ke berapa entah anda mengalami kegagalan. Thomas A. Edison, pencipta lampu eletrik semasa di wawancara oleh Napoleon Hill seorang penulis buku Think and Grow Rich pernah berkata, “saya tidak gagal sebanyak 100 000 kali untuk menghasilkan lampu ini, tetapi saya menemui 100 000 cara untuk berjaya”. Islam menganjurkan amalan yang sedikit, tetapi berterusan. Dengan erti kata lain, perubahan itu harus menjadi amalan. Mulakan berdikit-dikit, alah bias tegal biasa. Lakukan dengan rasa senang hati dan berniat untuk melakukannya lagi esok.

SAYA BERDAYA SAING
Beritahu diri anda, saya berdaya saing. Saya bersemangat. Saya bukan lemah dan lembik. Lawan suara-suara dalam minda anda yang mengatakan anda tidak boleh berjaya. Anda mesti menanam tanggapan positif dalam diri untuk mengubah cara anda berfikir. Sikap berdaya saing bukan genetic. Ia bukan khusus untuk atlit sukan, pemidato, eksekutif-eksekutif muda dunia korporat atau untuk mereka yang berpakaian kemas, bertali leher, dan bersuit mahal. Ia satu elemen percaya diri sendiri. Percaya dengan kelainan anda, kekurangan anda, kelebihan anda ada nilainya sendiri. Anda bersedia untuk memperbaiki diri tidak kisahlah ditahap mana anda berada di ketika ini. Anda melihat berdaya saing bukan situasi arnab dan helang yang berterbangan di udara, tetapi perumpamaan anak burung yang tidak berhenti berusaha untuk terbang. Berdaya sainglah secara positif. Semoga percaya kendiri anda bertabah baik.

DUIT BUKAN PENGHALANG


i have to write this. saya belajar sesuatu dari kadet2 saya. apa ertinya bermati-matian mengubah taraf hidup.

AL-KISAH..
baru2 ini semasa pulang dari perpustakaan, saya d approach oleh junior palapes saya. dia mengajak saya join satu perniagaan, memandangkan saya suka berniaga. lagipun sudah hampir sebulan saya berhenti meniaga gerai popia di simpang jalan itu. dia sungguh berahsia ttg kompeni tsebut dan mengajak saya ke ofis mereka d simpang tiga, kuching.

oleh kerana ini sudah pelawaan kedua yg seumpamanya, penuh misteri dan menggeramkan, saya pun setuju nak pergi. saya tinggalkan d rmh semua kad ATM dan cash money, utk mengelakan join tanpa pikir panjang. beria2 junior saya ni ke rumah saya menjemput dgn kereta sewa. sesampainya d ofis mereka, saya makinlah terkejut bila bersalaman dgn hampir 10 org kadet dan pegawai muda palapes unimas d sana. saya mmg terperanjat besar kerana saya kenal muka2 ini!

ZIPPED MY LIPS
maaf, saya pun xdapatlah nak mendedahkan nama kompeni tersebut. sekadar menghormati rakan2 yg terbabit dlm periuk nasi tu. sudah polisi mereka.

semasa wakil mereka show plan kat saya, sardin je muka dia bila minta saya invest rm2.5k. dan dia menyebut dgn lancar dan tenang bila menyarankan saya invest rm12.5k terus. saya rasa macam blur. dan mengorek lagi bagaimana kadet2 ni blh cari rm12.5k sbb saya tau mereka xada duit.

BERUSAHA KUAT & TEKAD
mereka berusaha high&low utk kumpul rm12.5k tu. malah ramai yg labur rm30k. walaupun mereka tidak miliki wang sebanyak itu. mereka mengorek tabung, meminjam dari kawan2 yg jarang jumpa, adik beradik, ibubapa dan ada yg bjaya kumpul dalam 2-3hari! saya rasa kagum!

jgn menyalahkan kompeni tersebut krn bdk2 ini buat loan sana sini. plan kompeni tersebut terbukti berkesan dan ramai yg sdh membuktikan kjayaan mereka. lihat dari sudut ini: wang bukan penghalang.

WANG BUKAN PENGHALANG
apa itu driving force yg buat mereka kumpul duit sebanyak tu sms mereka tau mereka tiada sesen pun. bagaimana mereka berusaha? kalau mereka dapat robohkan halangan duit, mengapa tidak kita?

anda mgkn merancang utk buka pniagaan sendiri. mereka juga. mereka mgkn melabur dlm pniagaan org lain, anda pula melabur dlm idea dan pniagaan sendiri. itu lebih baik! saya tidak mengatakan melabur dlm kompeni org itu tidak baik, ttp melabur dlm idea sendiri itu jg langkah berani. anda juga blh bermula dari kosong.

THINK OUTSIDE THE BOX
fikirlah melangkau kekangan kewangan. berfikir di luar kotak kewangan dpt menghindarkan jln buntu dan mati akal. by hook or by crook, duit itu terpaksa d cari juga. jadi, jgn membunuh idea perniagaan anda terlalu awal. bersabarlah dan fikirlah jauh ke hadapan.

kalau mereka dapat melakukannya, kenapa tidak anda!!


SAYA MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA

PIJOL THE PIPE BUILDER II

"hilang akal ke? jauh tu nak gali terusan. sori, jol. kenot go, " balas enal. dah pujuk2 taknak2, dah pujuk taknak, pijol bina paipnya sendiri...

mula2 org kampung laugh kat pijol. jauh tu nak bina paip..wat kubu pon piawai..

upah pijol menurun. but pijol go on..go on..go on.. satu ari, pijol dapati paipnya dah 75% siap! hah, dia gumbira sbb paip nak settle n dia pun bley angkut lebih baldi.

bila paip tu siap sepenuhnya 2 tahun kemudian, air dari sungai samarahan tu melimpah ke takungan kpg kenanga tu tak putus2.. sume org kpg cam kenot believe it!! depa sume dok puji2 pijol, cerdik tol dak ni. bukan itu saja, malah usahanya sgtlah berbaloi bila upahnya juga mengalir tidak putus2 ...seperti paip yg tidak ditutup2.

time jamming ngan pasukan kompang the Labyrinth, pijol buat duit, time buat tahi mata, dapat duit, time makan pun wat duit. huh, kaya. so pijol pun bina la masjid sebiji kt kpg dan bina masjid juga didalam kehidupannya. dia kawin ngan anak tok kiyai, siti lene.

dia pun ajak si enal. kini enal dah lebih yakin n positif ngan prospek bisnes ni. lg pun dia dah tak larat lg nak bw separuh pun drp seratus biji baldi sehari sbb tgn dah sakit. so depa pun join venture

walaupun tok kiyai nak promote pijol jd deputi merangkap penghulu kpg yg seterusnya, dia tak nak. dia nak bina paip ke serata mukim UMINASS!!!

oleh itu adik2..amatlah penting dlm hidup ini kita pandai membina paip... jgn angkut baldi spjg hidup..

LET BECOME A PIPE BUILDER..NOT A BUCKET CARRIER.

PIJOL THE PIPE BUILDER

Cerite ini aku rompak dr penulisan Robert T. Kiyosaki (rich dad poor dad) dlm bukunya 'business school' . nama2 karektor aku dah ubah supaya yg berkenaan tu terpengaruh ngan AGENDA suci & ikhlas aku ni.ngeh ngeh ngeh..(palms rubbing & smiles naughtily)

si penglipur lara: tersebutlah kisahhh...

audience: taibbb.....

Pada zaman Kesultanan Melaka dahulu, disebuah kampong bernama Pekan Kenanga tinggallah dua org sahabat baek bernama hang pijol dan si enal. mereka berdua org miskin..CAIS pagi, makan pagi, CAIS petang, makan petanglah. kalao tak keje sehari, tak mengais la diorg, soru illek

Penghulu kpg tu, Kiyai Hakimi buka la sebidang tanah bendang yg sgt luas. dia nak tulong org kampung, nak merancakkan ekonomi Kenanga. masalah problemnya adlh sumber air tu jauh sangat dr bendang. So tok kiyai upahlah dua org pemuda ni, pijol n enal 2 do the dirty job (kuang kuang kuang). depa kena angkat baldi berisi air dr sungai tu ke takungan air di bendang. setiap baldi di beri upah satu sen..

So, depa kerja keras. sehari depa bleh angkut seratus baldi air. In the end of the day, pijol n enal masing2 dibayar upah SERATUS SEN sehari!!!! kaya!! kaya!! pakcik kaya!! hah, depa di puji2 org kpg..maklum la dah jd org kaya baru. sebulan keje cam ni dah blh beli keta lembu.

Selepas lapan hari membanting tulang, pijol dah sengal2 badan. tapak tgn dia dah merah dan bengkak. mula la upah dia menurun, tak byk baldi lg dia blh bawa. pijol rasa kecewa. mau tak mau, kerja tetap kena kerja. pijol mula berfikir, apa aku blh buat utk ringankan beban? aku takkan mampu kerja mcm ini sepanjang hayatku. aku tak cukup rehat. badan semakin sakit. aku pun semakin hari semakin tua. bila nak kawin?

Ting!!! (light bulb) pijol dapek idea. yes, apa kata aku bina paip dr sungai ke bendang? daripada dibayar ikut bilangan baldi lebih baik kalau aku dapat duit yg tak putus2. mungkin aku terpaksa kerja keras utk bina terusan tp bila dah siap aku tak perlu kerja2 lg. air paip itu akan mengalir tak putus2. mmg visionary betul si pijol ni.

So dia pun ajak sahabatnya enal..

Tu bi kontiniu in Pijol the Pipe Builder II