BAGAIMANA MENJADI MOTIVASI KEPADA DIRI SENDIRI

Insan yang cemerlang dalam hidup mempunyai motivasi diri yang tinggi, di kelilingi insan yang menyayanginya dan tahu melakar bahagia. Insan yang cemerlang juga mempunyai masalah, mempunyai saat sukar dan risiko yang mereka ambil. Namun, mereka memiliki motivasi diri yang tinggi, satu sikap yang menyumbangkan kepada kejayaan dan pengurusan emosi yang baik.

Anda perlu mempunyai moral untuk berjaya. Seperti dalam post saya yang terdahulu, saya terangkan moral bermaksud pembakar semangat, motivasi, inspirasi untuk berjaya. Moral anda mungkin keluarga anda, ibubapa, kekasih, insan-insan yang kita sayangi. Anda boleh menjadikan mentor sebagai moral kerana mereka adalah contoh kejayaan dan menjadi inspirasi kepada anda supaya tidak putus asa. Bagaimana pula dengan insan yang rasa dirinya tidak ada moral? Keluhan mereka, tak jumpa sapa yang boleh aku jadikan moral. Itu bukan alasan untuk tidak bersemangat!

MORAL SAYA ADALAH DIRI SENDIRI
Jadikan diri anda sebagai moral kepada diri sendiri. Beritahu diri anda, AKU ADALAH MORAL KEPADA DIRI SENDIRI. Anda inginkan perubahan dan bertekad untuk menerima cabaran ini demi diri sendiri. Anda faham semua orang mesti berusaha gigih untuk berjaya, tidak kisahlah siapa, apa atau berapa moral mereka. Anda memiliki peluang yang sama banyak dan percaya diri anda boleh berjaya. Dengan memilih diri sendiri sebagai moral, ucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana ia menunjukkan anda sudah memiliki rasa percaya diri yang tinggi.

JANGAN BERHENTI BERUSAHA
Empayar Rom tidak dibina dalam sehari. Tan Sri Bukhary mengambil masa 38 tahun untuk bergelar billionaire. Jangan berpatah arang dalam berusaha, walau pun ini kali ke berapa entah anda mengalami kegagalan. Thomas A. Edison, pencipta lampu eletrik semasa di wawancara oleh Napoleon Hill seorang penulis buku Think and Grow Rich pernah berkata, “saya tidak gagal sebanyak 100 000 kali untuk menghasilkan lampu ini, tetapi saya menemui 100 000 cara untuk berjaya”. Islam menganjurkan amalan yang sedikit, tetapi berterusan. Dengan erti kata lain, perubahan itu harus menjadi amalan. Mulakan berdikit-dikit, alah bias tegal biasa. Lakukan dengan rasa senang hati dan berniat untuk melakukannya lagi esok.

SAYA BERDAYA SAING
Beritahu diri anda, saya berdaya saing. Saya bersemangat. Saya bukan lemah dan lembik. Lawan suara-suara dalam minda anda yang mengatakan anda tidak boleh berjaya. Anda mesti menanam tanggapan positif dalam diri untuk mengubah cara anda berfikir. Sikap berdaya saing bukan genetic. Ia bukan khusus untuk atlit sukan, pemidato, eksekutif-eksekutif muda dunia korporat atau untuk mereka yang berpakaian kemas, bertali leher, dan bersuit mahal. Ia satu elemen percaya diri sendiri. Percaya dengan kelainan anda, kekurangan anda, kelebihan anda ada nilainya sendiri. Anda bersedia untuk memperbaiki diri tidak kisahlah ditahap mana anda berada di ketika ini. Anda melihat berdaya saing bukan situasi arnab dan helang yang berterbangan di udara, tetapi perumpamaan anak burung yang tidak berhenti berusaha untuk terbang. Berdaya sainglah secara positif. Semoga percaya kendiri anda bertabah baik.

1 comment:

franx said...

Boleh I tambah sikit...Don't give up..Kalp kita punya goal and dream..teruslah maju whatever the result.. one step again you will success..Beleive it..and don't forget to pray