ADA APA DENGAN PUTUS CINTA?

Life is a learning process. Berapa teruk pengalaman cinta yang lepas telah memberi parut pada anda? Did you learn anything?

Setelah lama menjalinkan kasih, cinta yang putus di tengah jalan akan terasa amat menyeksakan. Anda lemas dalam udara. Fikiran yang kosong terasa menyesakkan. Anda terbakar dalam hujan dan hati membeku di bawah terik mentari. Perkara-perkara kecil yang mengingatkan anda kepada si dia membuatkan anda menangis. Siang dan malam berlalu tanpa sebarang erti. Mengapa begitu? Impak cinta amat besar kerana cinta merupakan motivasi yang hebat.

MORAL
Cinta boleh menjadi moral seseorang. Dalam ketenteraan, moral bermaksud pembakar semangat. Kebanyakan kita menjadikan orang tersayang sebagai moral untuk berusaha lebih gigih dalam pekerjaan, pelajaran, perniagaan dan apa lagi. Insan ini memberikan anda motivasi untuk berjuang. Barangkali jua anda melakukan pengorbanan ini semua untuknya. Orang yang bermotivasi tinggi, juga memiliki impian yang tinggi. Jadi apabila anda hilang moral, anda merasakan hilang semangat, dan mula menyaksikan impian anda menghempas bumi.

PERTAHANKAN ISTANA IMPIAN
Justeru, anda harus berwaspada, kesedihan dan lemah semangat akan menumpulkan kreativiti. Oleh kerana asas impian tersebut adalah insan teristimewa ini, anda mula melihat hasrat hancur lesap apabila si dia tidak lagi menyokong istana kayangan anda berdua. Anda silap sebenarnya, anda sepatutnya membayangkan anda membina istana itu dengan lebih baik lagi! Lindungi istana anda yang tidak bersalah!

Belajarlah memperbaiki diri sendiri melalui pengalaman. Setiap kali perkara buruk berlaku, belajar untuk memperbaiki keadaan pada masa akan datang. Sesetengah perkara adalah takdir di luar kemampuan kita untuk mengubahnya. Itu tidak mengapa, tuhan itu lebih mengetahui apa yang di lakukannya. Tetapi anda tidak boleh menyerah diri pada arus takdir semata-mata, dambakan kasih-Nya dalam satu impian yang lebih baik. Dalam hidup ini, tuhan menemukan anda dengan beberapa pilihan yang salah supaya anda menghargai orang yang betul. Pengalaman akan mematangkan seseorang. Memiliki insan tersebut bukan satu jaminan bahagia. Bahagia itu datang apabila anda teruskan menciptanya dulu, sekarang dan akan datang.

WE'LL CARRY ON!

Si dia barangkali tidak akan kembali. Namun haruskah anda berteka-teki dan terus mengharap kepulangannya? Jika anda masih mengekorinya secara sembunyi-sembunyi, anda masih tidak teruskan kehidupan. You have not moved on yet and he/she is still holding you back. Tanya pada diri sendiri, anda semakin resah dan terseksa atau sudah boleh teruskan hidup dengan tenang selepas mengendap begini? Come on, carry on with your life.

PILIH UNTUK TIDAK MENYESAL
Tahukah anda, anda sebenarnya boleh memilih untuk tidak menyesal? Anda boleh memilih untuk tidak menyesal di atas apa yang terjadi! Tumpukan seluruh fikiran kepada keputusan yang di buat, percaya dengan NEKAD bahawa ia bukan satu keputusan untuk di kesalkan dan berazam untuk memiliki hidup yang baik. PILIHLAH UNTUK TIDAK MENYESAL KERANA MEMILIH HIDUP YANG LEBIH BAIK SELEPAS INI. Sedikit demi sedikit, anda sudah tidak mengekorinya (anda mengekorinya tak?), tidak lagi menangis sendirian, tidak sensitif dan cepat sembuh dari duka.

Maafkanlah segala yang terjadi, jangan menyimpan rasa sakit hati untuk dibawa ke hari esok dan kemudian hari. Anda mesti belajar meninggalkan kenangan lalu jika mahu teruskan hidup.

No comments: