HUJAN BELUM TEDUH


kalau hujan belum teduh, haruskah kita merempuh hujan menuju destinasi?

tuan-tuan,
cabaran itu datang dalam hidup kita bermacam rupa. ada dugaan yg menguji kesihatan, keupayaan, cinta, wang dan maruah. seumpama musim yg berganti, Allah menetapkan kehidupan berputar dlm keadaan yg berbeza2.

"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." ( al-Ankabut: 2 - 3)

MENGAPA IA BEGITU PAHIT DI TELAN?
Mengapa yg di namakan 'kehidupan' di rencanakan sedemikian rupa?
fahamilah bahawa ini satu proses membina pelindung bullet-proof pd jasad dan rohani.
anda seorg pejuang. seorg jihad. semua orang berjihad di jalan masing2, ada erti dan sasaran penghidupan. pengalaman demi pengalaman akan membina sistem kendiri anda sendiri. setiap pengalaman pahit adalah selapis pembaharuan dlm sistem kendiri. seperti juga kereta, penghasilan kereta berkualiti dan peningkatan mutu perlu UJIAN KETAHANAN. berulang2. dari dimensi yg menyeluruh. Begitu juga konsepnya dgn membina diri anda yg lbh berkualiti.

BILAKAH IA AKAN BERAKHIR?

ia akan berakhir. tuan-tuan & puan-puan, semua ujian ada hasilnya. masalah anda mungkin berakhir selepas 10 hari, 10minggu, 10 tahun. di ketika ini, ia kelihatan seperti tidak ada penghujungnya. tetapi jgn tuan-tuan lupa, apa lagi yg blh berlaku 10 hari, 10bulan atau 10tahun lagi bergantung kpd anda.

jangan lupa, 10 hari lagi tetap akan tiba. tetapi bagaimanakah anda memilih utk menghadapinya?

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)

yang pertama dalam persediaan, ialah pilih utk menghadapi masalah tersebut seadanya dirimu pada masa ini. apabila dugaan itu merempuh diri anda dalam bersendirian, hadapilah ketakutan dan kekusutan itu. lihatlah dugaan itu sbg rempuhan angin. ia datang, berterusan, berat, sukar dan lama. tetapi anda terima dengan telus, terima dgn sabar, terima dan biarkan ia berlalu sepantas ia datang. hadapinya lagi. teruskan menongkah arus, tuan-tuan. bersikap terima tanpa anggapan yg bukan2. jalani dugaan dgn sikap yg telus dan jalan yg sabar.

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." ( al-Baqarah: 45)

mintalah kepadanya. Allah pemilik segala d langit dan bumi. yg mengetahui hikmah d sebalik segala kejadian.

semoga lebih gagah menghadapi segala cabaran. saya bersama mereka yg berusaha menghadapi cabaran dgn penuh kesabaran :)

hujan belum teduh, tp jangan terganggu oleh hujan yg d luar kawalan

No comments: