MENGAPA MEMILIH KEUSAHAWANAN?

BERKOBAR-KOBAR MENYERTAI BISNES
R
amai rakan2 saya setelah tamat belajar saya dengar menyertai pniagaan MLM, selain makan gaji sbg pekerja sambilan sementara mencari kerja tetap. sebabnya mudah, mereka sudah perlu grab kerja. an initial launch of job search.

yg masih belajar dan perlu berdikari, kebanyakan kita makan gaji, kerja waitress, assisstant cybercafe, agen nasi lemak dan salesperson.

Mengapa tidak memilih keusahawanan?
rakan saya telah membeli sebuah kereta kancil semasa dia tahun dua, dan buat bisnes sewa keretanya.

bisnes kereta sewa mcm pisang goreng di unimasss..sekarang sudah 3tahun berlalu, dia tetap maintain seperti biasa. tak heboh2 pendapatannya tp memerhatikan cara hidupnya sungguh menarik sekali. dia mampu menghadiahkan cincin emas putih kpd kekasihnya, travel sana sini, kerap makan di restoran yg happening sekitar kuching dan samarahan, kerja di kedai IT yg bagus dan byk tolong rakan2.dia jg bercakap sdh mampu sewa rmah luar tp tak perlu lg... pokok pangkalnya dia tahu bagaimana mahu menjana wang.

Nampak kebebasan kewangan yg dimilikinya?
seorang senior saya spttnya grad selepas 3 thn pengajian..tetapi extend 2 thn.

dia seorg yg aktif dan ceria, tetapi extend 2 tahun sangat sukar bg sesiapa pun.apa yg dilakukannya ialah belajar menjahit di dewan suarah di daerah muara tuang, selama 6 bulan yg disediakan oleh giatmara utk budak2 kampung disitu scr percuma. selepas tamat kursus, semua budak2 palapes akan mencarinya untuk tempahan baju. dia pulang ke kpgnya dgn misi membuka kedai jahit.

MEMENUHI KEPERLUAN ORANG LAIN
rumusannya, rakan2 saya MEMENUHI keperluan orang lain...mereka cepat di cari kerana org lain ada keperluan untuk dipenuhi. walaupun permulaan mereka agak sukar, tetapi adat niaga tidak ada apa perniagaan boleh bertahan tanpa dijaga dan diusahakan semahunya. satu yg saya lihat, mereka menuju ke sasaran sendiri tanpa sikap terikut2 dan menonong-nonong sahaja.mgkn kerana itu, peluang mereka berkembang lebih luas dari rakan2 yg terpkasa bekerja utk org lain.

No comments: