Bagi seorg kadet nak menjadi seorg pegawai tak susah. Sapa2 pun blh jadi pegawai, lepas 3 tahun dapat seketul. Baik yang rajin, rajin menuang, yang aktif, gemuk, kurus, pendek semua blh bergelar pegawai muda. Sistem tidak begitu kejam sampai menapis2 pegawai kadet dengan criteria tertentu utk pass selepas 3 tahun, selagi kau mahu berada dlm palapes, selagi itu kau hidup sbg palapes.
Namun begitu, tujuan menjadi kadet adalah untuk menjadi pegawai. Pegawai yg bagaimana? Yg bertanggungjawab atau lepas tangan? Yg korup atau memimpin?
Kualiti seorg pegawai muda itu di garap dari zaman kadet lg. ciri nombor satu seorg pegawai ialah kepimpinan. Dia mesti tau bagaimana utk memberi arahan dgn jelas. Ia adalah seni membuat keputusan dgn tepat. Arahan mestilah tidak bertimpa2. YO ni cakap lain, YO tu cakap lain, rank holder cakap lain. Berikan arahan yg spesifik kepada orang dan tugasan tertentu.
Pegawai mesti pikul tanggung jawab dan jawab semua kesalahan. Itu sudah mesti. Segala kata putus adalah di tangan seorg YO, kadet dan LLP hanya menjalankan perintah, selaku jentera kpd gagasan. Semua tanggungjawab, keputusan muktamad adalah di atas ‘seketul’ yg di galas d atas bahu tu. Pegawai saya selalu menegaskan, samada apa2 rancangan berjaya atau tidak, kejayaan dan kegagalan yg bakal berlaku adalah di tanggung oleh pegawai. Adalah tidak tepat utk menyalahkan kegagalan atas lain-lain pangkat (LLP), kadet atau org bawahan lain jika kesilapan berlaku, kerana tanggungjawab tersebut di pikul oleh PEGAWAI!
Seorg pegawai ada sifat diplomasi. Mesti ada timbang rasa dgn anak buah. Sapa sakit, sapa ada assignment, sapa punya giliran, mesti ada fleksibiliti yg berasas. Saya masih ingat pesanan kapten saya, pegawai ni mesti ada tolak ansur. Contohnya apabila seorg mat cha’ie bagi alasan tak sihat, nak cuti padahal dia sihat tp mood tak baik sikit, sekali sekali bagi lah dia cuti. Apa? Tak patut? Zaman kadet dulu pun saya pikir begitu. Tapi jawab pegawai saya, pekerja pun macam kanak2, kadang2 mereka pun perlu perhatian. Tanyalah sikit macamana dia rasa, berilah cuti sekali walaupun kita sebenarnya tau dia bkn sakit sgt. mana tahu,dia mmg memerlukannya. Setelah saya sendiri jadi pegawai, saya dapati kata2nya tepat. Itu secara peribadi.
Yang terakhir, jadilah pegawai yang boleh memimpin, bukan membuli. Kata seorang prebet, askar yg suka membuli ni tak di belasah cukup2. org yg biasa kena belasah tak suka belasah org lain. sebab itu saya kata nak jadi pegawai senang, 3 tahun dapat seketul. Tapi jadilah pemimpin yg memberi inspirasi pd org lain. Membakar semangat dan meningkatkan motivasi dlm diri kadet. Pegawai muda yg baru tauliah paling senang terjerumus dlm kategori membuli utk suka suki. Hati-hati. Nak menyuruh tak salah, biar berhemat, biar berasas, bukan suka hati.
Kalau nilai2 ni tidak d pandang penting dari zaman kadet lagi, tiba masa jadi seorg pegawai, kadet akan bersikap penting diri, autoritatif atau kurang aspirasi. Itu sebenarnya cerita kelahiran seorg pegawai.
diceduk dari blog friendster saya.

No comments:
Post a Comment