Pentauliahan Di Raja Palapes IPTA ke 26, UiTM Shah Alam

Jadi, kawan2 tertanya2 ke mana saya menghilang. this is what i do, and what kind of life i've been living.

GAMBARAN UMUM
Sekarang sedang berlangsung Upacara Pentauliahan Di Raja Palapes IPTA ke 26 di UiTM Shah Alam, Selangor. sebanyak 12 pasukan palapes, daripada 12 IPTA seluruh M'sia turun ke UiTM dalam acara tahunan paling gemilang~ pentauliahan pegawai kadet kepada pegawai muda berpangkat leftenan muda. upacara berlangsung dari 27 mei -18 jun 2007. IPTA terlibat adalam UNIMAS, UMS, UKM, USM, UPM, UTM, UPSI, UTHM ( dahulu KUITTHO), UniMAP (dahulu KUKUM), UiTM, UUM.

saya telah di tauliahkan di sini pada tahun 2005, semasa saya masih tinggal di shah alam. sweet memory. sepatutnya tahun ini berlangsung di kuittho, tp banjir besar johor telah memindahkan pentauliahan ke Uitm semula. dulu saya di bantu oleh kadet junior saya semasa pentauliahan saya, sekarang saya membantu kadet junior saya dulu ditauliahkan pd tahun ini. being here again is exhilirating.

MY DUTY
saya in charge di bahagian sekretariat palapes unimas. kerja2 pejabat dan pengkeranian. saya menyukai kerja2 tersebut kerana minat dengan kerja pentadbiran. ilmu yang berguna apabila saya melapor ke kem nanti.

tempoh2 begini, sekretariat palapes tidak pernah lengang, 24 jam ada orang yang bertugas. kadang-kala kami menerima surat pada pukul 3pagi, dan menghantar surat seawal jam 7pagi. kerja pentadbiran banyak, kadet2 yang bertugas akan bekerja dari pagi ke malam. 3 minggu kerja begini memang menarik, saya melihat lagi banyak kerja diberikan kepada kadet, mereka lagi bersemangat. barangkali kerana kita memberi kepercayaan kepada mereka untuk mengendalikan sesuatu. saya yakin mereka boleh menjadi pegawai2 muda yang baik suatu hari nanti. kerja di sini menyeronokkan, tetapi kalau 3 bulan atau 3 tahun kerja begini..tak tahulah. kalau di unit2 ATM, begitulah gambarannya.

SPORT SHOWMANSHIP
semalam Palapes Unimas memenangi tempat ke-3 pertandingan bola tampar. VIVA!!!!
sudah agak lama kami tidak pulang dengan piala. kami berpeluang memenangi tempat ke-2, jika tidak bertemu UM. semua pemain UM pandai spike!

ada satu cerita yang agak menarik di gelanggang bola tampar kali ini. sudah menjadi kebiasaan setiap IPTA membawa segerombolan besar penyokong2 mereka untuk menyemarakkan semangat pasukan sendiri. mereka datang dengan trumpet, drum, botol mineral yg berisi batu2 kecil, kompang dan bendera untuk memberi sokongan. mereka akan hadir dengan traksuit palapes masing2 yg seragam, nampak lah hebat dan mantap sikit.

tetapi palapes unimas biasanya datang, lebih tempat duduk dari penyokong. bilangan kami sedikit, yg itulah pemain, yang itulah penyokong, yang itulah kuli. nak sokong bola jaring lagi.tetapi sudah menjadi syarat kami, mesti menang sorak. biar pasukan kalah, tapi jangan kalah sorak, sekurang2nya semangat itu mengubat hati jurulatih dan pegawai2 yang bertungkus lumus 3 tahun melatih kami.

semasa unimas berlawan dengan UPM di gelanggang, tidak semena-mena kadet2 dari UKM datang berkerumun memberikan sokongan. ramai sekali yang datang. mereka mengibarkan bendera unimas dan ikut memberi sokongan padu pada team unimas. naiklah semangat pasukan kami. rupa-rupanya UKM mahu bantu menewaskan UPM. UPM sudah bertahun2 menguasai gelanggang. kami berjaya menewaskan UPM.

kata kawan saya 'entah dari mana diorg datang. bersorak dengan budak2 ni. aku ingatkan dah kenal lama.. lepas sorak2, diorang tanya-tanya nama lak..bengong.'

pasukan sorak memang penting. kami mementingkan pasukan sorak kerana moral pemain banyak di pengaruhi pasukan penyokong, secara tidak langsung. mereka sudah ada byk ilmu sorak yg diperturunkan dari generasi ke generasi. taktik paling kami mahir ialah psiko pemain. dulu semasa saya tauliah, kami lawan dengan UPM, ada seorg pemain berasal dari Kunak, Sabah. apa lagi, pengokong kami bertempik "kunakk!!kunakk!!" hehe tak senang duduk member. ataupun bila pemain lawan gagal menyambut bola, pasukan kami bersorak "no. 10 lubuk!! siapa lubuk?? no 10 lubukkk!!" ganas? hehe pasukan sorak tu penting..

penyokong merupakan motivasi kepada pemain, lagi2 kami yg datang jauh dari seberang..
HIDUP PALAPES UNIMAS!!

17 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Puan...ingat sy lagi? Puan duty kat UiTM ye? Insyaallah,ada rezeki nanti sy dtg...nk tgk kwn2 tauliah...sampaikan salam sy pd diorg suma yek...ziarah la blog sy... http://ismihasni07.blogdrive.com sy jmpa blog puan pun dr blog tn Ali...

clue said...

lama tak dengar kabar awak hasni.. saya masih ingat awak :)

datanglah ke uitm..lawat kami di kolej melati. 18jun ni hari jadi.

meriahkan lagi sambutan tauliah kawan2 awak kali ni.. blog awak pun menarik juga :)

Admin said...

salam melor..thank sebab ko sudi update tentang tauliah.rindu siot time kita dulu. Tahniah kpd PALAPES Unimas.

clue said...

ko tak leh meh sini ke ali... pali n hairil dah sampai.

aku, oli n lene welcome sgt kehadiran ko ke tauliah :) situasi dah berbeza, but meh r tengok pembaharuan

Anonymous said...

Jom ramai-ramai gi UiTM...rindula kat kwn2 lama...mesti segak bgaya terima watikah nanti...

Puan, sy kat International Islamic College skrg ni...amik Islamic Early Childhood Education...alhamdulillah dh masuk sem 3...

clue said...

tahniah, hasni...saya bangga mendengarnya. berbalas jugak kesabaran awak selama ni.

insya allah saya sampaikan salam awak pada mereka.

teruskan usaha hasni, kesabaran itu mahal harganya. and i believe you've paid the price.

Anonymous said...

Yup...kesabaran tu dah berbalas puan...alhamdulillah nikmat tu ckup manis...2 semester berturut2 sy dpt dean list...dan insyaallah short sem ni sy hrp leh dpt 4.0... semua ni berkat sokongan semua... ^_^

Unknown said...

salam. pergh, best ar bc blog puan. slmt berkenalan. sy yo utm. br tauliah kt um ari tu. hope leh share cite. www.simurl.com/akim

Unknown said...

salam. pergh, best ar bc blog puan. slmt berkenalan. sy yo utm. br tauliah kt um ari tu. hope leh share cite. www.simurl.com/akim

Unknown said...

hm, best ar bc blog puan. teringat balik sume kenangan. hope leh berkenalan. www.simurl.com/akim. sy yo utm, br tauliah kt um lepas. salam.

clue said...

hasni,
saya bangga dgn pencapaian awak.
bg saya hasni xgagal di tauliahkan, you won your battle. terusan hasni!
saya tumpang gembira

clue said...

hakim! laa..Y.O. utm? sekretariat kita berjiran je kat sini..kalo mengumpat pun boleh dengar..tv share2 lagi tu :)

meh la ke uitm. kapt salehuddin utm dgn kapt zaman unimas tu buddy2 je.. dah kenal sangat warga utm..chief clerk adzmi tu selalu sembang ngan saya, kitorang pun selalu rembat suratkabar korang..

Anonymous said...

hi...teringat kembali zaman dulu.
i intake 20 . UM

clue said...

ye ke..
boleh kita bertukar2 link :)

Anonymous said...

besh bace tang kadet dr ukm dtg bg sorakan tuh. memang teringat sungguh pengalaman yang itu. no 10 lubuk!! ahaks.. sy salah sorang yg turut menyorak. mmg xleh nk kate apo dah, semangat betul mengenakan org. hahaha..

lola said...

hai.assalamua'laikum...saja lalu kat sini..actually nak p web palapes usm..so awak empunya blog ni tauliah 2005 ye..means kita sama badge la..saya pun tauliah uitm 2005...the best commission event i think..especially bab rempuh halangan 2..hehe..anyway,it's a gud effort from u to create this blog..sbb u all unimas palap's boleh contact balik..

kitaorg palap usm baru je create tahun ni..tapi utk semua badge dari zaman dulu2 n sampai kadet yang skrg still ada kat usm..jenguk2lah,manatau dapat idea utk blog u..juz klik kat URL tepi nick saya 2..

p/s,mesti kenal dengan shaharun,org tawau la kan.dia badge awak tu..

clue said...

hi lola wa'alaikumussalam
i see, kenal arun ye..kitorang sikit je so mmg kenal sgt la

ya, rempuh halangan tu luarbiasa sungguh trek dia. esp monkey rack.
team perempuan kitorang masa tu 3 org tlepas pandang halangan sebelum monkey rack termasuk saya. potong markah.

kenal gak member usm..alamak muka je terbayang2, nama dah lupa