MERDEKA CARA BERDAULAT


50 tahun merdeka bukan tempoh singkat. Negara kita di bawah jajahan asing lebih lama lagi. India mengambil masa hampir 100 tahun memperjuangkan kemerdekaan. Apa pengajaran merdeka bagi rakyat Malaysia?

Peperangan adalah satu saat yang sukar bagi orang awam biarpun perajurit. Menjalani latihan peperangan sahaja sudah terasa peritnya, belum lagi di kejar peluru musuh. Dalam peperangan, heroic hanyalah satu penilaian (penghargaan). Its either you live or die, make quick decisions. Anda pernah menonton combat movies? The thin red line, behind the enemy line atau saving private ryan memaparkan situasi peperangan yang realistik. Tekanan perasaan, kebuluran, penyakit, kekejaman akan merasuk perajurit. Tahanan perang di perlakukan seperti anjing. Nyawa orang awam dan harta benda tiada nilai.

Bapa saya pernah menasihatkan, a soldier who is non political minded is a mindless killing machine. Ia benar, sebab senjata adalah simbolik kuasa. Kita mesti tahu menilai hak dan batil, bukan mengikut membuta tuli. Dengan berfikiran kritikal baru nilai kuasa itu ada harga kemanusiaan. Yang kita dengar dalam televisyen, tentang askar gila yang membunuh, merogol tanpa peri kemanusiaan adalah individu yang berada dalam situasi tekanan dan risiko yang besar, sehingga tidak dapat membezakan betul dan salah. Mereka ini ada kuasa tetapi tiada pertimbangan.

Pokoknya, memiliki kuasa itu penting, memilih penguasa itu penting dan menguasai ilmu itu penting. Mengapa menguasai ilmu akan memerdekakan anda dari dikuasai orang lain? Kalau sudah lama menjadi anjing, di latih menjadi suruhan, bila diperlakukan cara yang salah sudah tidak pandai melawan. Tidak tahu lagi betul dan salah. Jangankan membela orang lain, anda mungkin tidak mampu membela diri sendiri. Pada pendapat anda, salahkah Tuah yang setia tidak berbelah bagi pada Sultan Melaka membunuh Jebat?

Merdeka cara berdaulat adalah memahami kebebasan itu dalam dua perkara. Tanggung jawab kita pada tanah air, harta benda dan orang lain dengan memberikan orang lain hak-hak mereka. Satu lagi ialah mengetahui kebebasan dan hak kita supaya orang lain tidak boleh mengambil kesempatan dan melekehkan kita. The law of attraction. Prinsip keseimbangan alam. What goes around comes around.

Tak mustahil kita di jajah sekali lagi 50 tahun lagi. Sebab itu kita mesti bersyukur dan bersedia. Banyak lagi simbolik kepada kuasa. Bersedialah untuk penghidupan yang ini, dan yang akan datang.

No comments: