kali ini, utk post ini, coretan saya adalah sedikit peribadi. ia adlah refleks kpd apa yg saya alami dgn situasi semasa yg berlaku d sekeliling. im feeling sentimental right now.
blog ini adalah satu dedikasi peribadi kepada semua rakan2 blogger dan pembaca di luar sana. saya mempunyai keinginan yg kuat untuk berkongsi pengalaman dan pengajaran yg berguna yg saya perolehi berdasarkan kesilapan2 yang saya lakukan. ini semua bertujuan untuk memberi panduan untuk menghadapi kesukaran dgn lebih baik, berfikiran optimis dan mengatasi konflik lebih baik dari apa yang saya alami. kadang kala, hati yang rawan akan tercari2 tempat bergantung, tercari2 nasihat yg lebih peribadi dan tempat yang lapang untuk menenangkan fikiran. apabila kita sudah mengetahui rahsia kejayaan, kesusahan itu menjadi lubang peluang yg hanya diri sendiri dapat melihatnya.
saya tertarik dgn perincian pembaca2 blog ini yg saya dapati melalui MyBlogLog. adakah anda tahu, melalui mybloglog, saya blh tahu dari mana pembaca datang, apa yg mereka baca dan apa yg mereka klik? [tapi jgn gusar, saya tidak tahu siapa anda, siapa yg klik apa atau sebarang maklumat tentang personaliti anda :) ].
kebanyakan pembaca yang melawat blog saya adalah rakan2 mybloglog.sebahagiannya teman2 bicarajutawan.com dan pelawat mereka. yang menarik perhatian saya ialah pembaca yang datang ke dare To Fail melalui search engine.
Saya selalu akan memerhati dari mana dan apa mereka taip di Google search engine sampai datang ke mari. Anda tahu apa yg mereka taip di search engine? baru2 ini ada yg taip 'kisah2 islam.download', 'bisnes kecil2an', 'jutawan senyap', 'lirik lagu mahakarya cinta', 'motivation failing factor'. Adalah juga 'manfaat e-commerse', 'graf peningkatan umur remaja', 'jutawan kaya' (dah jutawan, kaya lg :P), 'jurusan perubatan', 'kecemasan pelajar menghadapi ujian' yang saya rasa agak lucu.
namun, sebilangan kecil yang buat saya tersentuh hati adalah mereka yg menaip 'bagaimana menghadapi kegagalan dalam hidup' dan 'pengajaran sebalik pengalaman'. carian seperti inilah saya saya ingin jemput lebih kerap ke blog saya. saya akan hasilkan tulisan yg lebih bmanfaat lagi pd masa akan dtg.
tak kurang juga dengan seorang hamba Allah ni yang selalu menaip Dare To Fail di google search engine. hampir setiap hari dia ada. Anda ke tu? :) apa-apa pun, saya ucap terima kasih daun keladi, esok datang lagi kerana memberi sokongan yg padu kpd saya :).
bilangan pengunjung pun telah bertambah, dari satu waktu dulu zero kepada 30--40 org sehari. alhamdulillah. ini jauh lebih baik dari rekod awal blog saya travel to malaysia yg saya dah hantar ke mcm2 direktori. saya juga rasa teruja, sbb itu satu motivasi bagi seorg penulis blog. saya menggalakkan anda menulis satu artikel setiap hari kalau anda suka melakukannya, sbb anda juga akn rasa surprise dgn hasilnya.
semoga kita berjumpa di suatu hari nanti. Amin.
5 comments:
asmkm kak melur
wahh, kagum saya! lepas baca artikel tu tadi, rasa terharu yang amat sangat dan tersentuh juga hati saya.
Tiba-tiba timbul kesedaran dalam diri saya untuk membantu mereka yang gagal dan mahu tahu pengajaran di sebalik pengalaman pahit. Instead of succes, we should look at failures. Berikan panduan cemana nak bangkit dari kegagalan.
Saya menulis 2 artikel sehari di blog saya mengenai motivasi dan kewangan peribadi. Ikut pengalaman saya, keduanya berkait. Moga dengan ilmu yang saya share tu dapat membantu orang lain dan dapat memimpin mereka yang sedang mencari panduan sebegini.
terima kasih pada kak melur dan Dik Mal, sebab saya rasa tak keseorangan dalam bidang penulisan motivasi. Saya ke blog ni setiap hari, kalau bukan dari rumah, guna cyber cafe. Kagum sungguh saya! moga satu hari nanti, saya dapat berjumpa ngan kak Melur dan DikMal juga.
shueqry,
kota kinabalu, sabah.
Assalamualaikum Sis Melur:)
Haiyak! Ingatkan dapat mengatasi ABg Shueq! DIa dah post dulu pulak :P
Btw, ia menyentuh hati saya juga. Carian di blog dik mal pula, banyak yang cari mengenai usahawan. Erm itu tidak mengapalah, kerana yang penting, saya mahu lebih ramai orang berfikir dua kali untuk berjaya!
KEjayaan kan milik semua orang! I want them to believe in thierself.
Ops! Kang jadi artikel pulak. Tadi dah membebel kat blog kak linn comel. Hehe
Btw, selepas habis perikasa esok, [Jumaat], antara perkara pertama yang DIk Mal nak buat adlah, menyelongkar blog sis melur, abg shueq, kak linn comel, dr irfan, billy lim, dr tuah dan beberapa top motivator yang jadi santapan minda saya setiap hari
its not what people think. what people read. but what people do after all that process.
itu yang dik mal cuba nbak terapkan. walaupun blog masih baru. walaupun saya mendapat tentangan maha hebat bak kata Abg Shueq, saya tetap akan menghidangkan yang terbaik kepada semua pembaca! :)
Assalamualaikum.
DikMal,
Well.. nice post from you..
For me, we need to guide them, tell them what to do practically, not just by theory. Saya juga berfikir benda yang sama, cemana nak but diorang bertindak dan berfikir selepas membaca artikel motivasi.
We need to go extra mile and also extra mind.
shueqry
terima kasih, shueq & dikmal
syabas, shueq. shueq komited utk spend masa mhasilkan 2 artikel sehari, saya juga sangat kagum dgn semangat awak menyambut cabaran 40hari tu :).mcm dikmal. maintain gitu...
pada pendapat peribadi saya, kekuatan shueq adalh originality & pnulisan shueq yg jujur bsahaja.cara komunikasi shueq jg baik, gentleman.satu yg saya tgk penting bagi blogger kalau nak draw pembaca setia ialah mengekalkan hubungan & connectivity dgn rakan2 blogger. itu jg shueq ada. teruskan, shueq. saya suka cara awak
dikmal, terima kasih sbb dtg slalu. slmt bjaya utk exam jumaat ni. akak jg kagum dgn magnet yg dikmal guna :) kagum saya. sbb dari pertama kali saya mengunjungi blog dikmal, dikmal byk draw comment dr pembaca. saya rasa dikmal bjaya mengekalkan sustainable relationship dgn rakan2 pembaca. saya sedang cuba membina hubungan yg begitu, yg ini akak bljr dr dikmal la, dik :)
buat masa ni, saya jrg tinggalkan komen pd blog rakan2 sbb masa saya terhad. saya tiada online access d rumah, jd relationship sustainability tu agak tbatas :). insya Allah balik kpg ni ada access yg kekal.
Post a Comment