MANUAL CARA MENGGUNAKAN FOLDER BULLSH*T

Terima kasih kerana telah mempraktikkan konsep folder bullsh*t. Tahniah kerana anda tidak membiarkannya kosong dan segera mengisinya dengan fail-fail yang berkaitan. Usaha tersebut sangat baik berbanding membiarkannya bersepah-sepah tanpa sebarang tujuan. Jika anda tidak bercadang memasukkan kata2-kata negatif, ejekan dan caci nista itu ke dalam kategori ini, tidak mengapa. Anda cuma di nasihatkan supaya tidak mencampur-adukkan elemen tersebut dengan aspek-aspek kepercayaan diri, kekuatan semangat, keupayaan berdaya saing serta sikap-sikap yang betul bagi orang yang berjaya.

Folder ini boleh di manfaatkan supaya ia tidak di simpan sebagai pekasam dan di lupakan. Jika anda tahu menggunakannya dengan betul, komen-komen yang boleh membunuh semangat anda dapat memberi banyak faedah dan pengertian baru. Kadang-kala, kata-kata yang menghiris kalbu hanya menambah pedih luka lama. Bila lah sakit nak sembuh, pemikiran pun masih di takuk lama kalau luka lama asyik berdarah kembali. Barangkali itu berlaku kerana anda tidak tahu meletak kritikan di tempat yang betul.

Penggunaan folder tersebut ada dua cara mengikut amalan para jutawan seperti yang berikut:

KAEDAH #1: Jangan mempedulikan semua tohmahan dan kritikan pedas yang dilemparkan.
Anda tahu mereka tidak senang dengan kejayaan dan perubahan yang anda cuba lakukan. Idea anda itu melangkaui kebiasaan dan anda mungkin seminggu dua ini sedang bersikap ‘luar biasa’ berbicara ala-ala mat jenin, melangkaui graf normal ‘buang tebiat’. Manusia ini cenderung untuk melihat seseorang itu dengan identiti lama, identity yang biasa di kenalinya. Biarkan mereka dengan kejengkelan mereka. Sebahagiannya pula mungkin tidak sebijak anda. Janganlah anda cepat merajuk hati. Orang lain mungkin tidak faham apa yang anda lakukan kerana tidak celik ilmu, tiada pendedahan dan kurang kesedaran sivik. Anda tentu dapat mengendalikan orang-orang begini dengan lebih baik. Elakkan berprasangka buruk dengan orang lain.

Kaedah #2: Menjadikan kata-kata negatif sebagai inspirasi.
Anda boleh memanfaatkan kata-kata cemuhan sebagai aspirasi dan pembakar semangat. Ia menjadi faktor yang mendorong anda berusaha lebih gigih mencapai matlamat. Zahirkan kata2 tersebut melalui tulisan, lukisan, foto seseorang atau apa saja. Niatkan ia sebagai pencetus semangat untuk lebih berusaha, bukan untuk amalan bomoh hitam atau dendam kesumat. Hati-hati dengan dendam kerana itu tempat bertenggek syaitan.

Bila anda menzahirkannya, anda lebih fokus. Tiap kali hati terasa malas, minda terasa letih dan tujuan sudah lalai, kata-kata pedas ini membuat semangat anda terbakar semula. Tidak rugi menulisnya untuk motivasi diri. Anda mungkin akan tersenyum membacanya suatu hari nanti.

Di harap manual ringkas ini memudahkan anda untuk menyusun perkara-perkara penting dalam hidup anda mengikut keutamaan. Bagi sesetengah orang, melupakan kata-kata yang menyakitkan hati, layanan buruk orang lain serta pengalaman yang pahit itu sungguh sukar di lakukan. Kebanyakan kita juga begitu. Tetapi, mereka ini tidak dapat memaafkan orang lain, dan tidak pula dapat memajukan diri sendiri. Satu pembaziran potensi kerana mereka terlalu menumpukan pada kelemahan, bukan kekuatan mereka.

No comments: