MAHAKARYA CINTA: Bagaimana Jutawan Memilih Permata

Kau bagaikan udara
Yang membantu aku untuk terus hidup di atas dunia
Tanpamu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerana kau mahakarya cinta

Petikan lirik lagu ‘Mahakarya Cinta’ dendagan Faizal OIM ini sangat indah. Selayaknya yang di sebut mahakarya cinta itu hanyalah Allah yang Esa, tapi cinta sesama insan juga bagaikan udara. Begitulah dengan memilih pasangan hidup adalah salah satu aspek penting tentang masa hadapan. Sudah tentu kita tidak mahu perkahwinan dan kekayaan hancur dengan talak, isu harta sepencarian, hak penjagaan anak dan sebagainya.

Dalam sebuah buku bertajuk ‘The Millionaire Mind’ karya Thomas J. Stanley, jutawan mempunyai kriteria2 tertentu dalam memilih pasangan. Dalam kajian beliau, ada 5 aspek utama yang di garis oleh jutawan. 94% jutawan (daripada 698 orang responden) mengatakan kejujuran adalah asek pertama. Diikuti dengan bertanggungjawab, penyayang, berkeupayaan dan pembakar semangat/supportive. Mereka tahu komponen-komponen perkahwinan yang kekal, rata2 telah berkahwin hampir 20-40 tahun dan komited dengan rumahtangga.

Apabila di minta untuk menggambarkan pasangan mereka, jawapan2 pertama jutawan adalah merendah diri, tidak pentingkan diri, ada nilai tradisional, sabar dan memahami. Mereka juga menjawab rupa paras, tetapi ia bukan satu2nya factor, serta mereka miliki naluri terhadap kualiti2 lain. antara 5 kualiti yang menarik minat jutawan kepada pasangan mereka dahulu ialah bijak, jujur, periang, boleh bergantung harap dan menarik. Bijak yang mereka maksudkan pula adalah the ability to learn and adjust to anything. Tidak semestinya dari segi tangga pendidikan.


Azizi Ali dalam bukunya ‘Jutawan dari Planet Jupiter’ meggariskan 4 cara ke arah kebebasan kewangan. Pertama kita bekerja, kemudian aset yang bekerja untuk kita, durian runtuh dan akhir sekali mengahwini wang. Marrying into Money. Walaupun pilihannya atas tangan anda, adalah lebih baik kalau aset yang bekerja untuk kekayaan kita sepanjang 24 jam. Tidak menjamin jalan bahagia jika mengahwini seorang lelaki/wanita kerana wang, kemudian ditinggalkan pada suatu hari nanti kerana orang lain yang lebih penyayang atau masih hidup bersama2 tetapi seperti orang asing.

Tidakkah islam sudah menggariskan criteria pasangan ideal untuk umat islam? Anda akan dapati ia serupa dengan ciri2 yang diceritakan oleh jutawan2 ini. Pertama dalam senarai adalah agamanya, kemudian keturunan, hartanya, rupa dan ilmu. Alangkah islam itu sudah memberi panduan kepada perkahwinan yang menyumbang kepada kejayaan hidup.

Kajian ini berbeza dari apa yang kita saksikan dalam akhbar dan media eletronik tentang kehidupan selebriti yang penuh kontrovesi. Pemikiran jutawan tentang hidup adalah berbeza dari orang kebanyakan, pendekatan mereka adalah keseimbangan hidup dan rasa bersyukur. Mereka juga golongan yang berbelanja secara wasatiah, bersederhana dan percaya atau tidak, mereka sebenarnya berbelanja dibawah kemampuan mereka! Maknanya rumah agam yang anda lihat itu hanyalah sekelumit dari pendapatan mereka.

Dapat disimpulkan, jutawan mempunyai ilmu dan panduan mencari pasangan hidup yang sepadan. Mereka percaya kepada perkahwinan yang kekal dan bahagia itu lebih seimbang dari hidup membujang atau bercerai-berai. Mereka percaya wujud korelasi yang selari antara perkahwinan yang berjaya dengan membina kekayaan.

4 comments:

Anonymous said...

minta2lah dapat semua ciri2 tu. Amin.

clue said...

Amiinn.. :)

Shukree said...

asmkm, shueqry here.. how r u?

Saya ada baca buku tu dan buku Azizi Ali Jutawan Ekstreme paling saya minat.

pendek kata, saya berusaha ke arah memiliki sekurang-kurangnya 5 ciri..

clue said...

hye, shueqry :)

ya, saya tahu anda berminat dgn buku Azizi Ali.

syabas, shueqry! awak tau kpentingan ciri2 tu untuk kejayaan future planning awak. saya ucapkan selamat berjaya, bro