KEBEBASAN KEWANGAN MELALUI JALAN IBADAH (part II)

BERAMAL DENGAN SELAWAT
Banyak sekali jenis selawat yang boleh di amalkan, namun selawat nabi juga sangat mustajab untuk kekayaan. Paling mudah dan praktis. Sabda Rasulullah SAW:

Siapa memperbanyak selawat kepadaku, maka Allah Taala akan menjadikan kaya kepadanya yang tidak akan fakir sesudahnya.

BERAMAL DENGAN ZIKIR DAN DOA
M. Ali Hassan Umar (1996) menyarankan, la khaula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim, kalau dibaca setiap hari sebanyak 300x akan meluaskan rezeki, menghilangkan kesusahan serta menyembuhkan penyakit.
Melalui jalan doa, amalkanlah setiap kali selesai membaca Al Waqiah, bacalah sekali doa bagi surah tersebut.

KHASIAT WIFIK DAN RAJAH
Wifik dan rajah adalah samada huruf2, angka2, ayat-ayat yang merupakan wirid dan doa, sebahagiannya dalam bentuk diagram dan rajah. Ayat-ayat ini juga sebahagiannya adalah nama2 Allah, mana2 satu dari 99 nama Allah bergantung kepada khasiatnya. Wirid Asmul Husna biasa digunakan untuk memohon kepada Allah, sesuai dengan firman Allah dalam surah Al A’raf ayat 180:

Allah mempunyai asma-ul husna, maka bermohonlah kepadanya dengan menyebut asmaul husna itu.

Ramai orang agak skeptical untuk menggunakan wifik dan diagram. Barangkali kerana ia kelihatan seperti tajul muluk dan memiliki kuasa mistik luarbiasa yang merepek. Tetapi M. Ali Hassan Umar (1996) menerangkan, para ulama safussalihin ahlul hikmah wal makrifat, wifik dan rajah boleh juga di amalkan kerana mempunyai khasiat dan faedah yang besar. Ulama2 ini sudah melakukan percubaan2 dan pembuktian melalui amalan yang tekun dan atas dasar iman dan takwa, di sertai solat dan puasa. Bukanlah eksperimentasi kita yang biasa2 ini yang makan banyak bahan kimia, melihat perkara2 yang lagha’ dan hati kurang bersih.

Huruf2 dan angka2 tersebut adalah satu bidang ilmu hikmat yang tidak setiap orang dapat mengusai rahsianya. Itu terpulanglah kepada Allah Taala siapa yang dikehendakinya untuk mahir ilmu tersebut, dapat pula menghasilkan asas2 dan prinsip untuk dijadikan tunjuk ajar. Pernahkah anda terfikir mengapa orang cina memiliki diagram ying yang yang digantung di rumah dan mempercayai khasiat wifik mereka sendiri?

Tujuan saya mengupas buku ini adalah untuk memperkenalkan usaha2 dari segi amalan ibadah dan kerohanian, sesuai dengan pegangan kita bertunjangkan agama islam. Ada banyak lagi zikir, doa dan selawat lain, tetapi saya bercadang hanya untuk memperkenalkan jalan usaha yang boleh kita lakukan sahaja, serta contoh2nya. Anda haruslah mencari sendiri maklumat yang lengkap, contoh wifik dan rajah yang lebih jelas dan amalan yang bersesuaian dengan anda. Bagi saya secara peribadi, saya pernah mengamalkan 20 kali Al Fatihah selepas tiap2 solat mengikut saranan buku ini, demi mahukan beberapa perkara dimakbulkan. Selepas beberapa hari, saya dapat apa yang saya mahukan, beserta beberapa berita baik. Secara jujur, saya belum menjadikannya amalan harian.

RAHSIA JUTAWAN ISLAM TERBONGKAR
Mengulas tentang buku ini, semua jenis amalan yang disaran adalah majority amalan yang menuntut kesabaran untuk mengamalkannya. Anda perlu lakukan zikir beribu2, berpuluh ribu, berhari2 dengan kondisi tertentu. Maka anda sudah sepatutnya tahu, kekayaan dan kejayaan bukan durian runtuh, tuah yang datang bergolek. Begitu besar sekali harga kekayaan dari sudut rahsia islam sendiri. Namun begitu, islam mempunyai rahsia untuk mendapatkannya lebih cepat dari berpuluh2 tahun usaha, iaitu sertakan ibadat seperti ini.

Jika anda membaca buku Chef Li bertajuk Petunjuk Jalan Kekayaan, chef li bertemu dengan Pak Kiai Muhidin, jutawan Indonesia yang sangat warak dan menghabiskan banyak masanya berzikir dan beribadat. Kita mungkin terfikir, manakan dapat berjaya kalau hanya duduk meminta tanpa usaha gigih, namun pemikiran jutawan memang ada bezanya dengan orang biasa2. mereka tahu rahsia dan formula kejayaan. Mereka tahu jalan2 usaha gigih dan bagaimana untuk mendapatkan kebahagiaan hidup itu cara paling berkat sekali. Pak Kiai Muhidin lebih faham tentang rahsia rezeki yang berkat dan tidak putus-putus. Semoga ia menjadi teladan bagi kita.

Rujukan:
Amalan Murah Rezeki Kekayaan (1996) selenggaraan M. Ali Hassan Umar terbitan Darul Nu’man, Kuala Lumpur.
Petunjuk Jalan Kekayaan (2004) tulisan Dr Rusly Abdullah Ph.D terbitan Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

No comments: