Saya ingin mengulas buku motivasi ini kerana (Dr Rusly bin Abdullah PhD) Chef Li mengutarakan konsep kejayaan yang sepadan dengan tema blog saya. Chef Li memberi inspirasi kepada insan biasa supaya mengejar kejayaan hidup dengan sabar dan mulakan secara kecil-kecilan. Walaupun bukunya yang masyhur ini sudah lama berada di pasaran, tetapi manfaatnya tidak ada istilah luput.
“Anda patut menjadi kaya. Anda tidak berhak menjadi miskin. Hidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang” ~ Chef Li
JUTAWAN SENYAP?
Siapakah jutawan-jutawan senyap yang di singkap oleh Chef Li dalam buku-bukunya? Istilah jutawan senyap di sini adalah golongan insan yang sudah mencapai tahap jutawan, tetapi tidak dikenali, langsung tidak glamour, dan mungkin tidak dikenalpasti oleh masyarakat. Jutawan Senyap ini menjalankan peniagaan yang tidak sensasi seperti peniaga pasar malam, penjaja di lorong-lorong kecil, peniaga jalanan yang tidak di pandang orang. Sebahagian mereka buta huruf, tamat darjah enam, janda atau ibu tunggal.
Tidakkah itu membuatkan anda terfikir bagaimana mereka melakukannya? Pertama sekali, Chef Li memperkenalkan anda kepada golongan misteri ini, kisah duka mereka dan bagaimana mereka melakukannya. Chef Li memberi petunjuk kepada anda bagaimana untuk mengenal mereka serta memahami konsep perniagaan betul. Tiada gunanya bisnes yang besar itu kalau keuntungannya kecil. Untuk memahami rahsia kejayaan ini anda perlu melihat dengan teliti dan membetulkan persepsi anda tentang perniagaan.
KISAH TELADAN UNTUK PEMBAKAR SEMANGAT
Melalui kisah-kisah kejayaan mereka ini, kita dapat memahami perniagaan dari ertikata etika dan sikap yang betul. Sikap itu yang membawa perniagaan tersebut menjadi atau hancur. Saya dapat memahami kegigihan billionaire bumiputera, Tan Sri Bukhari dari perjalanannya sebagai anak kampong sehingga bergelar billionaire. Chef Li memberi panduan bagaimana untuk memiliki semangat yang besar dan melupuskan segala rasa malu, rendah diri dan takut gagal.
Barangkali masih ramai diantara kita yang mempunyai tanggapan kerja pasar malam, tanam sayur, bela ayam dan jual cendol itu tidak ada potensi dan masa depan. Pelajar-pelajar di universiti juga tidak terlepas dari pemikiran tersebut sebenarnya. Berapa ramai yang tamat pengajian dan menulis resume berbanding yang tamat pengajian dan menulis kertas kerja projek. Walau pun begitu, kecenderungan masing-masing adalah sesuatu yang kita harus terima sebagai subjektif. Apa yang saya ingin sampaikan disini adalah, rezeki yang tidak di pandang orang itu kadang kala adalah rahmat yang tidak di singkap, di bongkar dan di selongkar oleh manusia.
Saya sangat-sangat mengesyorkan buku ini sebagai penunjuk jalan bagi teman-teman yang mencari haluan mula dalam perniagaan. Chef Li sendiri telah menyedari kewujudan golongan jutawan senyap ini semasa beliau bekerja sebagai pegawai bank dan bertemu ramai insan yang seumpamanya. Beliau sanggup berhenti dari pekerjaannya dan memulakan peniagaan pasar malam kerana ingin mengubah masa depannya. Kini, beliau adalah pengasas kepada institute teknologi kulinari Anjung Utara (ITKAU) dan pakar motivasi yang banyak memberi inspirasi pada orang lain.
Bukunya yang berjudul “MENJEJAKI JUTAWAN SENYAP” adalah terbitan Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. Setebal 222 muka surat berharga RM29.00 (semenanjung) @ RM 32.00 (sabah/sarawak). Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.ameenbooks.com.my serta website ITKAU di www.itkau.edu.my.

No comments:
Post a Comment